TESTIMONI

Saya adalah pengusaha/pengasas Prolific Herb Centre dan juga sebagai seorang pesakit kencing manis yang kronik. Selain itu saya juga menghidapi pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi dan sakit jantung. Saya mula mengambil  teh herba ini lebih dua tahun yang lalu dan saya dapati ianya sangat berkesan menurunkan glukosa di dalam darah ke tahap yang normal serta mengawal tekanan darah tinggi di dalam badan. Sebagai seorang yang turut mempunyai masalah jantung, dulu saya menghadapi masalah kesukaran bernafas dan mengah ketika mendaki bukit atau berjalan jauh. Kini masalah itu tidak lagi membelenggu diri saya dan saya mampu mendaki bukit, berjalan jauh serta berjogging tanpa sebarang masalah.Saya turut merasai kecergasan minda dan badan yang baik serta bertenaga. Setelah 3 bulan mengamalkan minuman teh herba ini, saya telah mengambil keputusan untuk membangunkan herba ini sebagai satu produk yang dapat membantu mereka terutamanya yang bermasalah seperti saya. Hasrat saya ini adalah untuk membantu lebih ramai masyarakat di luar sana menikmati kesihatan yang lebih sempurna.
Alhamdulillah, pada usia saya yang lanjut ini (62 tahun), saya masih dapat
menikmati saat-saat yang gemilang seperti di usia muda saya.

Tn. Hj. Dr. Ibrahim Ibrahim Abdullah, 62, JB, ibar46@yahoo.com   


Saya merupakan seorang nenek kepada 8 orang cucu. Saya mengalami masalah sakit kepala (migraine) dan gastrik yang serius. Setelah menggunakan TEH HERBA KURNIA MAS, amat jarang sekali saya mengalami sakit-sakit tersebut. Saya juga rasa tambah bertenaga dan dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang digemari disamping melayani kerenah cucu-cucu yang sangat aktif dan lasak. Terima kasih kepada Prolific Herb Centre dengan produk keluarannya dapat membantu meningkat tahap kesihatan saya. Harga jualannya juga sangat berpatutan.

Pn Asiah Ab. Rahim, 56, JB, 012-7452959


Saya merupakan wanita bekerjaya dan mempunyai 4 orang anak yang masih kecil. Saya menghadapi masalah diabetes dan telah mencuba produk ini lebih 8 bulan yang lalu. Kini glukosa di dalam darah saya sentiasa stabil dan normal. Harganya yang berpatutan dan kesannya yang memuaskan menambahkan keyakinan saya untuk terus mengambil produk ini. Tahniah Prolific Herb Centre kerana berjaya membekalkan produk herba yang berkualiti tinggi.


Pn Khazariah Khada, 32, Kluang, 019-7346865

Saya telah menghidap penyakit migraine hampir 10 tahun dan telah mencuba pelbagai jenis herba dan bertemu doktor pakar beberapa kali. Satu ketika saya menghadiri majlis persiapan perkahwinan anak jiran, saya telah diperkenalkan sejenis teh herba oleh anak jiran saya itu yang dipercayai mampu mengubati penyakit saya. Setelah mencuba meminum teh herba berkenaan dalam tempoh seminggu, saya mula dapat rasakan penyakit migraine saya berkurangan dari sebelumnya dan badan saya berasa ringan (selesa). Kini saya telah mengambil keputusan untuk terus meminum dan mengamalkan teh herba berkenaan. Terima kasih kepada Prolific Herb Centre kerana penemuaan herba yang sesuai untuk pesakit migraine seperti saya.

Hjh Hasni Bt. Mohamid, 59, Desa Maju Sg. Tengi, Selangor Darul Ehsan,
03-60421192




KECEDERAAN YANG SEMBUH SELEPAS PENGAMALAN TEH HERBA KURNIA MAS

Saya berusia 73 tahun dan datuk kepada 11 orang cucu serta menghidapi penyakit kencing manis yang kronik. Suatu hari saya mengalami kemalangan semasa menaiki motosikal dan bahagian kaki saya terkena ekzos motosikal dan mula menjadi kudis serta bernanah dan berair dan pada masa yang sama ketika itu, bacaan gula di dalam darah saya 27mmol. Saya telah disyorkan agar mencuba Teh Herba Kurnia Mas keluaran syarikat Prolific Herb Centre oleh ejennya di tempat saya. Setelah mengamalkan meminum teh herba tersebut seperti yang disyorkan ejen Prolific Herb Centre selama dua minggu, syukur Alhamdulillah luka di bahagian kaki saya mulai sembuh dan kering dan bacaan gula di dalam darah saya mulai menurun ke tahap 18mmol dan saya mengambil keputusan untuk meneruskan amalan minum Teh Herba Kurnia Mas keluaran Prolific Herb Centre dan kini saya berasa lebih segar dan bertenaga sepanjang hari. Terima kasih Prolific Herb Centre kerana telah berjaya mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dengan harga yang bersesuaian untuk semua kategori.

Hj Ramli B. Rawi (PJK), 73, Sri Menanti, N. Sembilan,
06-4979973


Assalammualaikum,
Saya seorang kakitangan MARDI di Negeri Sembilan dan telah mengidap penyakit kencing manis hampir dua tahun. Saya telah diperkenalkan sejenis teh HERBA yang dipercayai mampu mengawal penyakit kencing manis saya oleh rakan sepejabat. Setelah mencuba hampir tiga bulan yang lalu dan hasil pemeriksaan kesihatan bulanan saya telah menunjukkan penurunan kandungan gula dalam darah saya ke tahap yang amat sesuai. Terima kasih dan tahniah kepada syarikat PROLIFIC HERB CENTRE kerana telah berjaya mengeluarkan produk yang bermutu tinggi untuk pesakit kencing manis seperti saya.

En. Hamidin Mat Yit, 56, Stesen MARDI Jelebu, N. Sembilan,
013-6841922



Assalammualaikum Wbt.,
Saya telah berusia 83 tahun dan sering mengalami sakit-sakit badan dan pening kepala yang keterlaluan akibat penyakit tekanan darah tinggi yang saya alami hampir sepuluh tahun dan sentiasa mencuba pelbagai jenis herba dan ubat yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit yang saya alami. Setelah diperkenalkan sejenis Teh Herba Kurnia Mas keluaran Prolific Herb Centre oleh anak rakan saya, terus saya mengamalkan meminum seperti yang disyorkan dan saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi. Kini penyakit saya telah pulih sepenuhnya dan mengambil keputusan untuk meneruskan amalan Teh Herba Kurnia Mas agar penyakit yang sekian lama dihidapi tidak berulang lagi serta memudahkan saya untuk beribadah. Syabas Prolific Herb Centre kerana penemuan Teh Herba yang sesuai untuk pesakit seperti saya.

Hj Isa B. Kasim, 83, Kg. Durian Hijau, Terachi, N. Sembilan,
06-4887457


Saya berusia 34 tahun dan sering mengalami pening kepala yang keterlaluan akibat penyakit tekanan darah tinggi sehingga kadang-kala badan saya menjadi kejang. Bacaan tekanan darah saya juga adakalanya tinggi sehingga 200/110 ketika menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik perubatan. Setelah mencuba Teh Herba Kurnia Mas, selepas lebih kurang 3 bulan mengamalkannya, tekanan darah saya kembali normal iaitu 120/80. Sehingga kini saya masih mengamalkannya dan bercadang sekiranya ada kenalan saya yang menghidap penyakit seperti saya agar mencuba produk ini. Tahniah Prolific Herb Centre.

Nor Aini Bt. Hj Idris, Kg. Changgang, Johol, N. Sembilan, 06-4369399