Profil Pengasas
Dr. Hj Ibrahim Abdullah, pemegang Ijazah Doktor Falsafah dari University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom, dalam bidang Pembaikbiak Baka dan Genetik (Genetics and Plant Breeding) berpengalaman selama 27 tahun dalam bidang penyelidikan dan pertanian. Beliau juga merupakan pemegang Ijazah Pembaikbiak Baka (Plant Breeding) dan Ijazah Sarjana Muda Sains Hortikultur (B Sc. HORTICULTURE) daripada National Taiwan University, Taipei, Taiwan.
Anak kelahiran Pontian Johor ini lahir pada 5 April 1946, mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pertanian dan telah dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) pada tahun 1984 dan pingat Paduka Mahkota Perak (P.M.P) pada tahun 1985.
Pernah berkhidmat di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) selama 25 tahun di beberapa Pusat Penyelidikan MARDI seluruh Malaysia dan memegang beberapa jawatan penting di antaranya sebagai Penolong Pengarah Bahagian Holtikultur, Pengarah Bahagian Koko dan Kelapa dan Pengarah Bahagian Promosi Teknologi. Selain berkhidmat di MARDI, beliau juga pernah berkhidmat di Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) selama dua tahun sebagai Penasihat Perkhidmatan Teknikal (Technical Advisory Services for Fareast Region).